Aug 21









Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, MYCRO Intellect kini telah berusia 6 tahun secara rasminya. Pendidikan adalah bentuk pelaburan yang penting dan menguntungkan. Namun begitu dalam senario semasa, faktor pemilihan program pengajian adalah sangat penting kerana ianya melibatkan halatuju masa hadapan.Pada peringkat awalnya, MYCRO Intellect bertindak selaku pelopor beberapa program pendedahan halatuju pengajian tinggi untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).


Adalah menjadi satu kelebihan kepada MYCRO Intellect apabila secara rasminya dilantik sebagai Penyelaras Program PENGAJIAN TINGGI BERTERASKAN KERJAYA KEBANGSAAN (NATIONAL WORK-BASED LEARNING PROGRAM) bermula dari 17 Februari 2017. Program ini adalah satu program yang menggabungkan elemen-elemen perkhidmatan dan keperluan kerjaya (hybrid) di dalam tempoh pengajian.


Program ini ditawarkan kepada calon lepasan STPM dan SPM di seluruh negara berdasarkan kuota yang terhad mengikut industri. Pelajar berpeluang belajar dalam bekerja dan seterusnya menamatkan pengajian dan sekaligus peluang pekerjaan. Sasaran utama perlaksanaan program ini adalah MENGURANGKAN PENGANGGURAN GRADUAN!!!.

MYCRO Intellect juga melaksanakan Program Pendedahan Halatuju Akademik khususnya buat calon-calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan. Perlaksanaan ini adalah melalui Modul Observing My Future (OMF). Modul ini diselia dan dikemaskini mengikut keperluan dan peredaran maklumat dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dengan keupayaan dan kelebihan saya serta kepercayaan pelbagai pihak, maka saya akan memastikan bahawa KPI yang ditetapkan akan dipenuhi. Saya juga akan memastikan setiap modul yang dijalankan akan dilaksanakan mengikut Standard Operation Procedure (SOP) demi kebaikan semua pihak.

Semoga segala usaha kami demi mendukung sasaran kerajaan Malaysia, iaitu "MENGURANGKAN PENGANGGURAN DI KALANGAN GRADUAN" dipermudahkan ALLAH.

Yang menjalankan tugas,


MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN

Pengarah Urusan,
MYCRO Intellect.