Oct 23





MYCRO INTELLECT, adalah firma konsultansi pengajian tinggi melebihi 10 tahun pengalaman. Pada peringkat permulaan, kami telah memberikan pendedahan halatuju akademik hanya kepada lepasan SPM dan STPM sahaja.

Transformasi pengajian tinggi semasa di Malaysia menggesa kami untuk mengambil langkah awal bagi memberikan pendedahan halatuju akademik kepada pelajar sebelum mereka menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) lagi. Langkah ini kami lihat sebagai langkah yang wajar dan menjayakan Pelan Perancangan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Kini, kami melebarkan sayap dengan menyediakan medium konsultansi untuk calon PT3, SPM dan STPM sebagai langkah membantu calon dalam pelbagai aspek pendedahan. Setiap kumpulan pelajar memerlukan input dan pendedahan untuk membantu mereka membuat keputusan yang wajar dalam persaingan masa hadapan. Firma ini dianggotai oleh konsultan-konsultan yang memiliki sehingga 10 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.

Program-program pendedahan kami ditawarkan sepanjang tahun mengikut modul-modul yang terancang seperti Program Observing My Future (OMF) dan Program Beyond My Graduation (BMG).




ORGANISASI MYCRO INTELLECT


Pentadbiran Mycro Intellect (NS0170535-M) diterajui oleh seorang Pengarah Urusan yang merupakan pemantau dan penyusun strategi pergerakan dan perkembangan Mycro Intellect. Pengarah adalah mengetuai dan mewakili Mycro Intellect dalam sebarang urusan rasmi dan kontigensi mengikut keperluan perkhidmatan semasa. Pengarah Mycro Intellect juga bertindak membuat keputusan bagi warga Mycro Intellect dalam pelbagai aspek keperluan. Pentadbiran dibahagikan kepada tiga (3) bahagian yang utama bagi memastikan pergerakan dan perkembangan Mycro Intellect teratur dan lebih efektif.

Bahagian Sumber Manusia
Bahagian ini merupakan nadi perkembangan Mycro Intellect. Bahagian ini menjaga ketetapan aktiviti semua personel dalam Mycro Intellect. Bahagian ini bertanggungjawab menguruskan perolehan, tangga dan kenaikan gaji, aliran kewangan, cuti perlepasan dan sebagainya. Untuk penyelenggaraan aset dan inventori, bahagian ini dibantu oleh Unit Rekod dan Inventori. Unit ini juga membantu dalam aspek simpanan rekod dan arkib milik firma.

Bahagian Akademik
Bahagian ini adalah bahagian yang paling agresif di bawah naungan Mycro Intellect. Bahagian inilah yang menguruskan program-program pendedahan dan halatuju akademik di seluruh negara. Bahagian ini berfungsi sebagai mediator di antara firma Mycro Intellect dan klien-klien kami yang terdiri daripada para pelajar dan juga ibu bapa. Bahagian ini juga memiliki saluran integrasi dengan Institut Pengajian Tinggi Tempatan bagi mendapatkan input dan hasil capaian semasa untuk disebarkan kepada klien-klien di seluruh negara. Bagi memastikan keseragaman dan perjalanan yang efektif mengikut fungsi individu, maka dua unit diwujudkan di bawah kelolaan Bahagian Akademik iaitu:
i) Unit Pendidikan Menengah
ii) Unit Pengajian Tinggi

Unit Pendidikan Menengah
Unit ini bertindak sebagai urusetia Program Observing My Future (OMF) untuk calon PT3 / SPM / STPM di seluruh negara. Mereka bertanggungjawab menguruskan perjalanan setiap program mengikut KPI yang telah diberikan oleh firma.

Unit Pengajian Tinggi
Unit ini pula bertindak selaku mediator di antara firma dan para pelajar lepasan SPM / STPM secara khususnya serta ibu bapa pelajar secara amnya. Dalam erti kata mudah, unit ini diberi kepercayaan oleh firma untuk mengelolakan Program Beyond My Graduation (BMG) mengikut prosedur yang telah juga ditetapkan berdasarkan jadual tetap tahunan.

Bahagian Latihan
Bahagian Latihan juga adalah satu elemen penting di bawah Mycro Intellect yang mengendalikan modul luar bilik darjah (outdoor) dalam sebarang aktiviti kejurulatihan, peningkatan kendiri, pembentukan sahsiah dan eksplorasi. Bahagian ini menyusun atur dan menjalankan modul mengikut keperluan dan kesesuaian program.