Jun 26

JAWATAN KOSONG DALAM MYCRO INTELLECT

 
Mycro Intellect mempelawa graduan yang berkaliber mengisi kekosongan seperti berikut:


EKSEKUTIF PEMASARAN


STATUS : KONTRAK


SKOP PEKERJAAN


1. Terlibat dalam setiap program yang telah ditetapkan oleh Mycro Intellect di seluruh negara mengikut keperluan.

2. Terlibat dengan aktiviti mempromosikan Mycro Intellect di seluruh negara mengikut keperluan.

3. Menyiapkan rekod program dan keperluan selepas program tamat.

4. Menjadi duta Mycro Intellect dalam konvensyen dan sebarang program.


SYARAT KELAYAKAN


1. Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris dan boleh mengendalikan semua perisian MS Office dengan baik.

2. Boleh mengendalikan pengucapan awam dengan baik.

3. Kelayakan minima Diploma dalam sebarang bidang berkaitan. Kelayakan SPM dengan 3 tahun pengalaman
boleh dipertimbangkan.


4. Berkenderaan sendiri dengan lesen memandu yang sah.

5. Boleh bertugas di luar kawasan mengikut ketetapan Mycro Intellect.

6. Boleh bertugas lebih masa mengikut keperluan.


FAEDAH

1. Gaji bulanan.

2. Pelbagai bentuk komisyen.

3. *Polisi Insurans Nyawa.

4. *Potongan KWSP.

5. *Cuti Tahunan.

6. Kenaikan Gaji Tahunan.

7. Kenaikan Pangkat.

* : selepas tamat tempoh percubaan.


Calon-calon yang berminat, sila hantarkan resume dan salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat email kami; admin@mycrointellect.com sebelum 31 Januari 2017. Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga dalam tempoh 14 hari bekerja setelah tamat tarikh permohonan. Permohonan dianggap Gagal sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tamat permohonan.