DMO1A - Diploma Pembantu Perubatan

Diploma Pembantu Perubatan menyediakan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dalam penjagaan pesakit yang membolehkan mereka untuk mendapatkan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Perubatan di hospital kerajaan.


Pelajar akan memanfaatkan pengalaman dan kemudahan untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan mengenai mata pelajaran seperti anatomi, fisiologi, biosains, mikrobiologi, parasitologi, perubatan kecemasan, pembedahan, kesihatan awam dan seumpamanya.



Penolong Pegawai Perubatan akan bekerja bersama pakar-pakar perubatan dalam menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti dan sebahagian anggota penting dalam pasukan penjagaan kesihatan hari ini. Program ini diiktiraf Lembaga Pembantu Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Tempoh Program
3 Tahun / 6 Semester

Prospek Kerjaya
Lepasan kursus ini akan layak untuk mendapatkan pekerjaan sebagai Pembantu Perubatan atau Pegawai Perubatan Siswazah (AMO) di Hospital Awam dan diiktiraf oleh Lembaga Pembantu Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Laluan pendidikan lanjut yang disediakan kepada pelajar termasuk Ijazah Sarjana Muda dalam Pre Hospital Care, Perubatan Kecemasan, Sains Forensik, Sport Medicine, pakar pemakanan, Bioperubatan, Sains Sosial dan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan.

Kelayakan Minimum Kemasukan

  • LULUS Temuduga Program