Program Pengajian Tinggi Berteraskan Kerjaya Kebangsaan (PTKK)
[NATIONAL WORK-BASED LEARNING PROGRAM]


Pengenalan


Program National Work-Based Learning (Program Pengajian BerTeraskan Kerjaya Kebangsaan) adalah program galakan kerajaan dalam usaha menangani risiko pengangguran di kalangan graduan. Langkah ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025 menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE-Malaysia).



Program ini adalah sepenuh masa bagi lepasan STPM dan SPM. Program ini menerapkan lebih banyak elemen praktikal dan simulasi dalam modul dan silibusnya bersama firma-firma kerajaan dan swasta.

Program ini dibangunkan mengikut keperluan perkhidmatan dan seterusnya melahirkan tenaga kerja yang lebih releven bagi sektor awam dan swasta. Pengambilan peserta bagi Program National Work-Based Learning adalah berdasarkan kuota yang terhad. Hanya SATU (1) pengambilan dibuka setiap tahun.


 

KELEBIHAN PROGRAM


1. Method pengajian program ini lebih menumpukan elemen Work-Based Learning (Pengajian dalam kerjaya).

2. Peserta berpeluang menerima insentif bulanan dalam program.
3. Peserta akan lebih matang dan berkemahiran kerana mengikuti modul kerjaya sebenar dalam pengajian.
4. Peserta diberikan kursus komunikasi dalam bahasa inggeris secara menyeluruh.
5. Peserta program akan memiliki hubungan inter-industry dan berupaya memilih kerjaya mengikut kemampuan.
6. Tiada kos tersembunyi di sepanjang program.
7. Konsep Mentor-Protege yang lebih berkesan.




METHOD PENGAJIAN


Program PTKK menitik beratkan program pengajian dalam method pengajian berikut:
1. Teori yang berkesan (Enhancement Semester).
2. Latihan praktikal dan simulasi dalam industri yang berkaitan.
3. Hubungan industri sepanjang program yang lebih berkredibiliti.


SYARAT KELAYAKAN

1. Calon adalah warganegara Malaysia.
2. Memiliki kelayakan Minimum SPM atau SKM Tahap 3 dan 1 kepujian dalam SPM.
3. Calon adalah pemohon yang GAGAL untuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam melalui Unit Penempatan Universiti (UPU).
4. Menghadiri TEMUDUGA KELAYAKAN bersama penjaga dan LULUS temuduga.







SENARAI PROGRAM

DP008 - Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH)
DP011 - Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan
DP013 - Diploma Prostetik & Ortotik
DP015 - Diploma Pengurusan Sumber Manusia
DP016 - Diploma Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak
SP001 - Sijil Pengurusan Perniagaan

 

PERMOHONAN PTKK 2017