Program Pengajian Tinggi Berteraskan Kerjaya Kebangsaan (PTKK)
[NATIONAL WORK-BASED LEARNING PROGRAM]


Pengenalan


Program National Work-Based Learning (Program Pengajian BerTeraskan Kerjaya Kebangsaan) adalah program galakan kerajaan dalam usaha menangani risiko pengangguran di kalangan graduan. Langkah ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025 menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE-Malaysia).



Program ini adalah sepenuh masa bagi lepasan STPM dan SPM. Program ini menerapkan lebih banyak elemen praktikal dan simulasi dalam modul dan silibusnya bersama firma-firma kerajaan dan swasta.

Program ini dibangunkan mengikut keperluan perkhidmatan dan seterusnya melahirkan tenaga kerja yang lebih releven bagi sektor awam dan swasta. Pengambilan peserta bagi Program National Work-Based Learning adalah berdasarkan kuota yang terhad. Hanya SATU (1) pengambilan dibuka setiap tahun.


 






BAGAIMANA PTKK MEMBANTU GRADUAN UNTUK PEKERJAAN?

  • Program peringkat diploma yang ditawarkan adalah di antara 30 bulan hingga 36 bulan sahaja.
  • Program yang ditawarkan adalah program yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya di bawah Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ini membolehkan peserta melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi setelah menamatkan program ini.
  • Kaedah pengajian program ini mendedahkan peserta dengan kerjaya dalam bidang yang dipelajari seawal tahun kedua dan bukan hanya pada semester terakhir.
  • Penempatan praktikal disediakan untuk semua peserta program.
  • Firma yang terlibat dengan praktikal peserta akan menawarkan pekerjaan setelah peserta menamatkan pengajian.
  • Temuduga oleh firma industri lain juga akan dijalankan agar para peserta berpeluang membuat pilihan kerjaya setelah menamatkan pengajian.


KELEBIHAN PROGRAM

  • Method pengajian program ini lebih menumpukan elemen Work-Based Learning (Pengajian dalam kerjaya).
  • Peserta berpeluang menerima insentif bulanan dalam program.
  • Peserta akan lebih matang dan berkemahiran kerana mengikuti modul kerjaya sebenar dalam pengajian.
  • Peserta diberikan kursus komunikasi dalam bahasa inggeris secara menyeluruh.
  • Peserta program akan memiliki hubungan inter-industry dan berupaya memilih kerjaya mengikut kemampuan.
  • Tiada kos tersembunyi di sepanjang program.
  • Konsep Mentor-Protege yang lebih berkesan.



SYARAT KELAYAKAN

1. Calon adalah warganegara Malaysia.
2. Memiliki kelayakan Minimum SPM atau SKM Tahap 3 dan 1 kepujian dalam SPM.
3. Menghadiri TEMUDUGA KELAYAKAN bersama penjaga dan LULUS temuduga.






SENARAI PROGRAM

DP008 - Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH)
DP011 - Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan
DP013 - Diploma Prostetik & Ortotik
DP015 - Diploma Pengurusan Sumber Manusia
DP016 - Diploma Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak
SP001 - Sijil Pengurusan Perniagaan