DP016 - Diploma Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak adalah satu bidang yang penting bagi memacu peningkatan pendidikan kanak-kanak. Bidang penjagaan awal kanak-kanak juga adalah satu lagi bidang yang penting bagi memastikan tumbesaran kanak-kanak selari dengan keperluan pendidikan mereka. Kedua-dua bidang ini kini disatukan dalam sebuah program.



Program ini menyediakan tenaga kerja yang mahir untuk  menjadi pengasuh profesional. Penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak adalah dorongan untuk pembangunan modal insan yang berjaya.

Program ini meliputi aspek berikut:

  • Profesionalisme untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pertumbuhan dan Pembangunan Kanak-kanak
  • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
  • Sains dan Numerasi dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pembangunan Sosial dan Emosi untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Seni dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bahasa dan Literasi dalam Pendidikan Kanak-kanak Awal
  • Kanak-kanak dengan Keperluan Khas
  • Pentadbiran dan Pengurusan Pusat Kanak-kanak Awal



Prospek Kerjaya

Peluang kerjaya kini semakin berkembang.Graduan boleh mengikuti pelbagai laluan kerjaya dalam sektor berikut:

  • Pengendali Penjagaan Kanak-Kanak
  • Pengendali Pusat Pembangunan Kanak-Kanak
  • Editor Bahan Bacaan Kanak-Kanak
  • Koordinator Program Pendidikan Kanak-Kanak
  • Perunding Alat Permainan Kanak-Kanak
  • Fasilitator Pendidikan pelbagai Pertubuhan (pusat sains, kebun binatang, hospital dan lain-lain)
  • Guru di Prasekolah Awam dan Swasta

 


Kelayakan Minimum Kemasukan

1. LULUS SPM
 dengan 3 kepujian tertakluk kepada syarat berikut:

  • Bahasa Melayu
  • 2 subjek lain
  • LULUS Bahasa Inggeris
 2. Lulus Temuduga.