Jun 26



Kerajaan Malaysia sedang giat menaik taraf sistem pendidikan bagi mengikut perkembangan pendidikan global.Langkah modenisasi ini membabitkan semua peringkat persekolahan termasuklah peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas dan menengah tinggi.




Langkah modenisasi di peringkat menengah rendah adalah pembubaran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan digantikan pula dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).Justeru itu, 
Mycro Intellect memberikan pendedahan awal berkenaan halatuju akademik kepada para pelajar supaya mereka lebih memahami dan berupaya membuat pilihan berdasarkan kelayakan serta kecenderungan mereka sendiri. Tidak ketinggalan, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Mereka memerlukan pendedahan halatuju pengajian tinggi dan kerjaya mengikut peredaran semasa. Pendedahan ini penting dalam mendukung cita-cita kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah. 


Bagi menjayakan misi kami, pihak Mycro Intellect telah menyediakan Program Pendedahan Halatuju Akademik khusus untuk calon PT3, SPM dan STPM. Kami juga menyediakan Program untuk lepasan SPM dan STPM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:


   NATIONAL SCIENCE & ENGINEERING PREPARATORY PROGRAM