PENDAHULUAN

Kerajaan Malaysia sedang giat menaik taraf sistem pendidikan bagi mengikut perkembangan pendidikan global.Langkah modenisasi ini membabitkan semua peringkat persekolahan termasuklah peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas dan menengah tinggi.




PROGRAM MYCRO INTELLECT

Mycro Intellect memberikan pendedahan awal berkenaan halatuju akademik kepada para pelajar supaya mereka lebih memahami dan berupaya membuat pilihan berdasarkan kelayakan serta kecenderungan mereka sendiri.

Tidak ketinggalan, calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Mereka memerlukan pendedahan halatuju pengajian tinggi dan kerjaya mengikut peredaran semasa. Pendedahan ini penting dalam mendukung cita-cita kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.

Secara keseluruhannya, pihak MYCRO Intellect menawarkan 2 program untuk calon peringkat sekolah dan 6 program bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setaraf dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) setaraf.

Observing My Future (OMF)

Program ini adalah program fokus bagi pelajar di tingkatan 3 dan bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Pendedahan diberikan kepada calon berkenaan dengan halatuju akademik berdasarkan aliran menengah atas yang ditawarkan di Malaysia.
Program ini memberikan gambaran jelas kepada pelajar dengan syarat-syarat kelayakan kemasukan aliran menengah atas dan kesinambungan aliran tersebut.

Program Beyond My Graduation (BMG)

Program ini dikhususkan kepada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Pendedahan dalam program ini adalah sebagai satu garis panduan untuk pelajar membuat pemilihan kursus di peringkat pengajian tinggi berdasarkan keupayaan dan kecenderungan aliran yang sedang diikuti oleh mereka di peringkat menengah atas.


Program Pengajian Tinggi Berteraskan Kerjaya Kebangsaan (PTKK)


Program ini adalah program pengajian tinggi peringkat diploma yang ditawarkan kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf. Program ini adalah program pengajian tinggi yang mensasarkan kaedah pengajian sehingga 70% secara praktikal dengan usaha sama industri yang berkaitan dengan program yang dipilih. Program ini berbeza dengan program pengajian tinggi yang lain kerana pelajar akan mula menjalani latihan praktikal seawal tahun yang kedua pengajian.
Program ini ditawarkan mengikut kuota kekosongan sahaja berdasarkan peruntukan dan permintaan industri. Kelebihan utama program ini adalah peserta akan menerima elaun bulanan bermula pada tahun kedua. Peserta juga menamatkan pengajian peringkat diploma mereka dengan pengalaman bekerja dalam bidang yang diikuti selama 2 tahun dan penempatan pekerjaan setelah tamat pengajian lebih terjamin.

Program Sains Bersekutu Kebangsaan (PSBK)

Program ini adalah program pengajian tinggi yang berorientasikan bidang perubatan dan sains bersekutu. Program yang ditawarkan adalah di peringkat:
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah
Calon yang cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh menyertai program peringkat Asasi selama setahun sebelum diserapkan terus untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kesihatan dan Sains Bersekutu.

Bagi calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Diploma atau setaraf, mereka boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah secara terus mengikut kelayakan akademik mereka.

Program Pensyarah Muda 1 Malaysia (PM1M)

Program ini adalah satu program yang dianjurkan untuk melahirkan barisan pensyarah muda. Peserta yang berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di bawah Skim Pensyarah Muda ini akan mengisi perjawatan selaku seorang pensyarah bertauliah.
Program yang ditawarkan adalah program usaha sama IPTA dan IPTS tempatan. Kontrak bekerja selama 3 tahun akan diberikan.

Program Intensif Psikologi dan Kejururawatan (PIP1M)

Program ini menawarkan program pengajian tinggi yang memfokuskan 2 bidang pengajian iaitu bidang psikologi dan kejururawatan. Program yang ditawarkan adalah peringkat diploma sahaja selama 3 tahun. Namun begitu, program ini memiliki kelangsungan kerjaya dalam pelbagi bentuk industri sedia ada.

Program Biasiswa Peruncitan (PBP)

Program Biasiswa Peruncitan ini adalah satu program keusahawan yang ditawarkan dalam 2 peringkat yang berbeza iaitu:
  • Peringkat Sijil.
  • Peringkat Diploma.


Program ini diiktiraf penuh oleh kerajaan Malaysia melalui MQA. Program ini juga adalah program hibrid di mana peserta akan belajar dalam bekerja di sepanjang program mengikut jadual yang telah ditetapkan. Yuran pengajian dan tempat tinggal peserta dibiayai sepenuhnya. Jaminan pekerjaan disediakan bagi peserta yang menamatkan program ini.

Program Intensif Seni Kulinari 1 Malaysia (ISK1M)

Program ini ditawarkan kepada calon lepasan STPM / SPM yang memiliki minat dalam Seni Kulinari. Program yang ditawarkan adalah di peringkat diploma selama 3 tahun pengajian.



Program ini menyediakan tenaga kerja dalam bidang seni kulinari yang akan berkhidmat di hotel-hotel yang berdaftar dan restoran di kapal-kapal mewah yang juga berdaftar.