BP009 - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia)

Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan Sumber Manusia, matlamatnya adalah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang mantap dalam pengurusan sumber manusia dan amalan dalam organisasi / perniagaan sebenar.

Program yang ditawarkan adalah berstruktur khusus untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sumber manusia. Setelah berjaya menamatkan pengajian, maka pelajar akan diberi pilihan samada melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana ataupun mengikuti Skim Pensyarah Muda.

Program ini adalah satu program usahasama dengan Universiti Tenaga Nasional (UniTEN).


Syarat Minimum Kemasukan

LULUS STPM atau setaraf dengan CGPA minimum 2.00 dan mendapat gred C dalam 2 subjek lain.
LULUS peringkat asasi dengan CGPA minimum 2.33.