BP008 - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan

Program ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Pengurusan ini adalah satu program usahasama pihak Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menjayakan Skim Pensyarah Muda 1 Malaysia (PM1M). Program ini menyediakan tenaga kerja yang mahir dalam semua aspek pengurusan termasuklah perancangan strategik, pengurusan risiko dan masalah dalam organisasi yang membabitkan sains sosial.

Peserta program ini akan diberikan penekanan yang lengkap dalam aspek teknologi dan inovasi sistem pengurusan serta kawalan keselamatan sistem pengurusan. Selain daripada itu, peserta dikehendaki menjalankan kajian kes berdasarkan elemen-elemen yang berkaitan.



Syarat Minimum Kemasukan

LULUS STPM dengan 3 Prinsipal termasuk Pengajian Am dan Band 3 dalam MUET.

Diploma dengan minimum CGPA 3.00
LULUS Matrikulasi dengan CGPA 3.00