DP026 - Diploma Peruncitan

Program peringkat diploma ini adalah salah satu program yang dijalankan untuk mengurangkan pengangguran di kalangan graduan. Program ini dijalankan selama 3 tahun yang dibahagikan kepada 7 semester. Pelajar akan menghadiri kelas teori 2 hari dalam seminggu dan 3 hingga 4 hari seminggu dalam latihan intensif industri. Program ini adalah program yang menyediakan tenaga kerja yang mahir dalam selok-belok perbekalan dan perolehan aset dalam industri peruncitan. Peserta program ini akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pengurusan, operasi, perolehan, simpan kira perdagangan, undang-undang dan persekitaran perniagaan.

Program ini adalah ditaja sepenuhnya dan peserta tidak perlu membuat sebarang bentuk pinjaman pendidikan.

Peserta program ini diserapkan untuk penempatan pekerjaan di bahagian pengurusan perniagaan (peruncitan). Kebanyak firma industri peruncitan yang menjayakan program ini akan menawarkan penempatan kerjaya kepada peserta sebaik sahaja mereka berjaya menamatkan pengajian.

Syarat Minimum Kemasukan

1. LULUS SPM atau setaraf dengan 3 kepujian dalam subjek berikut:

  • Bahasa Melayu.
  • 2 subjek lain.
2. LULUS Temuduga.