DP015 - Diploma Pengurusan Sumber Manusia

Program ini adalah psatu langkah menyediakan tenaga kerja yang mahir dalam kemahiran pentadbiran dalam organisasi dan syarikat. Bidang sumber manusia amatlah luas dan bidang ini merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan mentadbir tenaga kerja serta piawaian latihan.



Oleh yang demikian, permintaan semasa terhadap tenaga kerja yang mahir amatlah tinggi. Pengajian secara teori tidak menjamin peluang pekerjaan kerana kerjaya dalam bidang ini mementingkan pengalaman dan kematangan berfikir. Peserta program ini akan belajar dan mula menjalani latihan praktikal seawal tahun kedua program.


Elemen program adalah seperti berikut:

  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Prinsip Pengurusan
  • Prinsip Kewangan
  • Kelakuan Organisasi
  • Pengukuran prestasi
  • Latihan dan pembangunan
  • Undang-undang Perburuhan Malaysia
  • Insentif dan Ganjaran
  • Hubungan Industri

Prospek Kerjaya

Eksekutif Pentadbiran Korporat
Eksekutif Sumber Manusia
Eksekutif Bahagian Gaji
Pegawai Perhubungan Korporat Jabatan Kerajaan
Perwakilan Organisasi / Syarikat
Eksekutif Latihan Perindustrian
Pegawai Perhubungan Perkhidmatan Pelanggan
Setiausaha Syarikat


Kelayakan Minimum Kemasukan

1. LULUS SPM
 dengan 3 kepujian tertakluk kepada syarat berikut:

  • Bahasa Melayu
  • 2 subjek lain
  • LULUS Bahasa Inggeris

 


 2. Lulus Temuduga.