ISK1M - Program Integrasi Seni Kulinari 1 Malaysia

Program ini ditawarkan kepada calon lepasan STPM / SPM yang memiliki minat dalam Seni Kulinari. Program yang ditawarkan adalah di peringkat diploma selama 3 tahun pengajian. Program ini menyediakan tenaga kerja dalam bidang seni kulinari yang akan berkhidmat di hotel-hotel yang berdaftar dan restoran di kapal-kapal mewah yang juga berdaftar.

Para peserta program akan terlibat dengan latihan-latihan intensif bersama industri di sepanjang program ini. MOU akan ditandatangani antara peserta dan industri yang terlibat bagi menjamin kesinambungan kerjaya peserta. Peserta juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sebagai satu pilihan.

Syarat Minimum Kemasukan

1. LULUS SPM dengan 3 kepujian termasuk subjek berikut:

  • Bahasa Melayu
  • 2 subjek lain
2. Tidak cacat anggota.

3. LULUS Temuduga program.