Yayasan Akademi MYCRO Intellect


PENDAHULUAN

Pengajian tinggi adalah satu pelaburan penting yang menjamin kesinambungan masa hadapan yang cemerlang. Pengajian tinggi merupakan salah satu elemen dalam Program Transformasi Negara Malaysia (GTP). Tidak dinafikan, pengajian tinggi memerlukan leburan modal yang tinggi serta penggunaan masa. Namun begitu, terdapat banyak agensi kerajaan dan swasta yang boleh membantu mengurangkan bebanan untuk pengajian tinggi. Maklumat tersebut juga boleh didapati melalui capaian Pautan MYCRO di laman web rasmi kami.



YAYASAN AKADEMI MYCRO INTELLECT

MYCRO Intellect kini telah 8 tahun beroperasi sepenuhnya bagi membantu pelajar lepasan SPM dan STPM di seluruh negara. Bermula pada 1 November 2017, pihak MYCRO Intellect telah menubuhkan sebuah yayasan di bawah kelolaan sendiri untuk membantu mengurangkan bebanan pelajar yang menyertai program-program kami. Yayasan ini memperuntukkan subsidi dan biasiswa mengikut kelayakan pemohon.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN



(a) Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Berjaya terpilih dan membuat pengesahan penerimaan dalam mana-mana program* di bawah Akademi MYCRO Intellect.
  • Penjaga pemohon adalah daripada keluarga kategori B40 (Berpendapatan bulanan di bawah RM4,000.00).
*Tidak termasuk Peserta Program OMF dan BMG


(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

  • Pelajar lepasan SPM / STPM
  • Mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik Moden / Subjek Sains* di peringkat SPM.
  • Bergiat aktif dalam kegiatan badan beruniform / sukan sekurang-kurangnya di peringkat sekolah.


(c) Syarat Tambahan

Pemohon yang disenarai pendek dikehendaki menghadiri temuduga kelayakan.


KADAR SUBSIDI / BIASISWA

Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.



PENARAFAN PRESTIJ PENERIMA

Bagi mengekalkan taraf prestij dan eksklusif subsidi / biasiswa ini, penerima diwajibkan memperolehi sekurang-kurangnya GPA 3.00 pada setiap semester di sepanjang mengikuti mana-mana program yang dianjurkan.



PERMOHONAN

Permohonan bagi calon lepasan STPM/SPM 2017 akan dibuka bermula pada 1 Disember 2017 hingga 31 Mac 2018. Portal permohonan secara online akan dibuka bagi memudahkan permohonan.